Refleksi Nurul Hidayah Binti Azhar.



17 MARCH 2016 

Refleksi saya ialah manusia ini lemah dan lali maka kembali kepada fitrah itu penting. Pembinaan tamadun yang sejahtera didorong oleh 2 perkara penting iaitu ilmu dan agama. Sewajarnya ia bergerak serentak supaya pembinaan tamadun itu berjalan lancar dan mampu bertahan lama. Kejatuhan sesebuah tamadun itu adalah disebabkan sikap sesuatu kumpulan manusia itu yang gagal memahami konteks agama dan kurang berilmu. Oleh itu, ilmu dan agama adalah akar umbi bagi pembangunan sesebuah tamadun yang sejahtera, 




21 MARCH 2016

Refleksi kali ini mengenai ilmu dan maklumat itu 2 perkara yang berbeza. Ilmu itu satu perkara yang kita dapat dan kita amalkan seperti ilmu fiqh. Manakala maklumat itu bebih kepada info yang kita dapat. Ramai keliru dengan 2 konteks ini disebabkan kita tiada pendedahan khusus mengenainya dan juga ramai yang menerima maklumat tapi tak ramai yang berilmu kerana mereka tidak mengamalkannya. Ilmu yang diperolehi jika diamalkan sebaik mungkin akan melahirkan generasi yang berjaya sekaligus mampu membina tamadun yang kukuh dan sejahtera.


28 MARCH 2016

Refleksi kali ini mengenai ROH..Roh? Dalam kita tidak menyedari kadang kala kita seakan berbicara sendiri dengan diri. Bagaimana? Sebenarnya roh itu adalah perkara yang pertama ditiupkan ke dalam jasad manusia agar manusia itu boleh bernafas dan hidup. Roh itu sifatnya suci dan bersih. Bersih ? Suci? Kerana ia terbias dari "NUR MUHAMMAD" yang sangat bersih dan suci. Fitrahnya seorang manusia itu adalah sangat suci dan bersih. Penting bagi kita untuk menjaga kebersihan roh itu agar ia tidak rosak. Bagaimana ia rosak? Seperti hati..Sekeping hati yang suci tapi tidak dijaga dengan baik akan membuatkan manusia itu semakin jauh dengan Allah dengan Agama.. Hati yang semakin tidak bersih akan menyebabkan diri manusia itu tidak tenang dan gelisah bahkan was was dengan kasih sayang Allah serta cinta nya Rasulullah kepada umatnya.. Bawa dan carilah kembali fitrah sebagai manusia itu. Akan kita temui kebahagian yang hakiki disamping Pencipta dan kekasih Nya Muhammad s.a.w . 

4 APRIL 2016

Refleksi kali ini mengenai. Golongan Tamim ? Adalah golongan dari nusantara. Siapa? Mereka adalah penduduk-penduduk dari nusantara iaitu Indonesia, Malaysia, Vietnam dan seluruh nusantara yang pada dasarnya sama rumpun. Golongan ini adalah istimewa kerana ia mendapat islam itu secara terus dari ahli-ahli bait nabi. Ahli-ahli bait nabi ? Mereka adalah asnabnya keturunan Rasulullah, yang darahnya mengalir darah Rasulullah lebih tepat, kaum keluarga saudara mara.Istimewa bukan golongan ini dan bangganya kita adalah salah satu golongan itu.  Penyebaran dan pengislaman diseluruh nusantara ini dilihat dapat menyatukan tamadun. Dan bila islam itu sampai pada orang melayu, banyak perubahan yang dilakukan. Tetapi islam ini fleksibel kerana perubahan yang dilakukan berdasarkan keselesaan penganutnya yang mempunyai adat tersendiri. Oleh kerana kehalusan dan kelembutan islam itu dalam pembaharuan dari segi politik, ekonomi dan sosial,ia  dapat menyatukan masyarakat dan meningkatkan perjalanan politik ekonomi sesebuah negara. Buktinya, Melaka merupakan salah satu pelabuhan interport yang paling maju pada zaman terdahulu walaupun penduduk dan sultan nya islam. Dengan kepercayaan mereka kepada Allah, mereka yakin agama itu bukan penghalang kepada kemajuan. Sebagai tambahan, dalam al-quran terselit soal golongan tamim ini. Merupakan salah satu golongan yang akan menentang dajjal al-masihi. Hebat bukan? Moga kita adalah mereka yang menegak kan syiar islam.

18 APRIL 2016

Refleksi kali ini mengenai. Islam dan kasih sayang. Dua perkara berbeza tetapi menjadi satu asbab utama dalam kelangsungan ummah. Kasih sayang itu bukan terdidik dan bukan hanya ada pada diri orang islam..Bahkan turut ada dalam diri semua lapisan masyarakat berbilang agama dan kaum. Kasih sayang itu adalah satu perasaan yang dirasai terhadap makhluk lain tidak kira sesama manusia atau binatang. Tanpa kasih sayang, kehidupan manusia akan menjadi sunyi dan kosong. Hidup bersama orang sekeliling memerlukan tolenrasi yang disebabkan sifat kasih itu sendiri. Dalam konteks agama islam, kasih sayang itu menyeluruh kepada semua makhluk bernyawa didunia dan akhirat. Sifat islam sendiri yang lemah lembut dan halus itu menjadikan penganutnya sangat berkasih sayang. Tetapi, seperti kata Dr. Zakir Naik :- " Lihat dan belajar islam itu dari al-quran dan sunnah, bukan daripada penganutnya" . Jelas menunjukan islam itu indah, tapi kebiasaan manusia iaitu penganutnya, sering alpa dan tidak sempurna. Oleh itu, kembali lah kepada fitrah sebagai seorang manusia yang melakukan perjanjian roh untuk bertaqwa kepada Nya. Semaikan kasih sayang agar penghuninya lebih beriman. 

Dari Anas r.a. bahwa Nabi SAW bersabda, "Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri"


25 APRIL 2016

Zikir? Zikir itu adalah salah satu amalan yang mudah tapi memberatkan timbangan kita di masyar nanti. Zikir itu ibarat makanan dalaman yang merangkumi pelbagai aspek rohani dan jasmani. Kebiasaannya ketika kita sedih, marah, kecewa bahkan gembira, alunan zikir itu seharusnya diucapkan. Ia bukan sahaja mendamaikan hati, tetapi sebagai lafaz syukur kepada nikmat-nikmat yang diberikan oleh Dia. Ia juga membantu mengimbangi keadaan rohani manusia. Berzikirlah, kerna ia akan mendidik hati agar semakin kuat dengan cubaan dan godaan dunia yang semakin rumit ini. 

"Badai akhir zaman tidak akan lemas dengan air, tetapi tengelam dengan hawa nafsu" - Sheikh Abu Zaki bin Yusuf As Sanggafuri

NURUL HIDAYAH BT AZHAR  


 
Tamadun Pencetus Bangsa Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template