28 March 


Pada minggu ini kumpulan kami telah melakukan pembentangan yang bertajuk "KELAHIRAN & PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM" dan kami merupakan kumpulan yang pertama melakukan pembentangan pada awal pengajian ini. 











Berikut merupakan slide pembentangan yang telah kami bentangkan. Kerja kerja pembentangan ini kami lakukan secara berkumpulan dan telah membahagikan tugas antara ahli kumpulan kami. Dengan melakukan pembentangan ini kami telah memahami mengenai tamadun Islam dengan mendalam. Banyak maklumat baru yang diperkatakan sepanjang pembentangan berlangsung dan segalanya berjalan dengan lancar. Berikut merupakan video yang kami masukkan sekali semasa pembentangan berkaitan dengan Tamadun Islam.





Ini merupakan hasil dapatan kami daripada pembentangan yang dilakukan. Pembentangan ini menjadikan kami lebih memahami tajuk yang diberi dan pemahaman menjadi lebih lagi dengan pencerahan yang dibeikan oleh pensyarah. 






     4 April 2016

Kerana kesuntukan masa kumpulan kami terpaksa menunda aktiviti hasil daripada pembentangan yang kami lakukan. Kami telah melakukan aktiviti teka silang kata bersama rakan sekelas dan semua turut terlibat dalam aktiviti ini. 






Kami berkesempatan merakam detik ketika berlangsungnya aktiviti teka silang kata ini bersama rakan sekelas. Pada akhir aktiviti ini kami telah memilih pemenang yang daripada semua yang terlibat. Tahniah kami ucapankan kepada mereka yang memenangi teka silang kata ini. 

PROJEK FINAL







USTAZ AHMAD SHADAN AL-HADRAMI



TEMUBUAL TOKOH

LATAR BELAKANG
Nama  :  Ustaz Shahrul Nizam @ Ahmad Al Hadrami
Pendidikan  :  Sarjana Muda Syariah Islamiah B.A Hons- Universiti Al-Azhar Tanta Mesir
                         : Jurusan Syariah – Institut Pengajian Tinggi Ilmu Islam Darul Mustoffa Yaman
                         : Diploma Tahfiz Al-Quran (JAKIM)- Maahad Tahfiz Al-Quran- Hafiz Melaka
                         : SPM- Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor, Selangor
Jawatan sekarang  :  Pengerusi
Pusat Ilmu Darul Muhibbin, Darul Muhibbin Management
Darul Muhibbin Enterprise, Pebimbimg Majlis Ta’lim Darul Muhibbin
Kerjaya Sekarang  :
Penceramah Bebas,
Perunding Motivasi Kerohanian Sekolah-sekolah, (Mempunyai tauliah mengajar Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan KL)

PENTERJEMAH DAN PERANTARA ULAMA’ LUAR NEGARA
Pengalaman  :
-          Pengetua Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin Dato’ Keramat, Kuala Lumpur
-          Imam 3 Masjid Al-Ansar, Taman Kerama Kuala Lumpur
-          Imam Masjid Baitul Amal Jalan Damai, Kuala Lumpur
-          Guru Tahfiz Al Quran/ Kitab Pondok/ Bahasa Arab/ Matematik Maahad Tahfiz Al-Quran At-Tazkirah, Ampang Selangor
-          Imam Rakyat Masjid Al-Khairiah AU3 Selangor
-          Guru Tahfiz Al- Quran/ Guru Disiplin/ Guru Panitia Peperiksaan SMU& SPM Maahad Tahfiz Al- Quran/ Guru kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Maahad Tahfiz Al-quran Taman Minang, Cheras Kuala lumpur
Pensyarah (part time)  : Universiti Kebangsaan Malaysia
Penceramah Jemputan  :
Hospital Universiti (HUKM)/ KLCC/ KWSP/ Touch N GO/ Felda/ Pernec/ Lembaga Getah Malaysia/ Surau Polis Setiawangsa/ AM bank/ Amanah Raya Berhad / PLUS/ TV3 & TV9 & TV Al-Hijrah
Moderator  :
Forum Perdana PERKID
Forum Ulul Albab Lembah Klang

Penceramah  :  Kerohanian Anak Kem PERKID
Penceramah Jemputan  :  Dalam dan Luar Negeri
Pembimbing dan penceramah kerohanian  :
Surau, Masjid, Pejabat & Sekolah-sekolah sekitar Selangor & Kuala Lumpur
Penasihat Persatuan Muhibbin  :  Kuala Lumpur
Naib Pengerusi Alumni (An-Nur)  :  Darul Musthafa Hadramount Yaman- Malaysia
Pembimbing Program Qiamullail  :  Surau & Masjid Sekitar Selangor & Kuala Lumpur.

KANDUNGAN TEMUBUAL

             Ustaz Ahmad ketika di temubual kelihatan sangat mesra dan murah dengan senyuman. Beliau  berasal daripada Kulala Lumpur dan berketurunan kerabat diraja selangor. Dilahirkan di Morib dan memilih untuk menetap terus di Kuala Lumpur. Meneruskan pembelajaran hanya disekolah biasa dan mengambil peperiksaan umum dari UPSR sehinggalah SPM. Bercita-cita untuk menjadi seorang ahli ulamak yang terkenal, dengan izin Nya, nama beliau kini dikenali serata Malaysia bahkan turut dikenali oleh habib-habib arab. Memulakan pembelajaran di Sek. Men. Keb. Agama Kuala Selangor, Selangor. Mahir dalam bidang seni pertahankan diri sejak dibangku sekolah dan disayangi oleh para guru. Mengambil subjek ERT semasa di Tingkatan 4 sebagai subjek pilihan membuatkan beliau berbeza dengan pelajar-pelajar lelaki lain yang lebih gemar memilih subjek-subjek seperti perdagangan dan sebagainya. Beliau memandang bukan hanya satu sudut. Tetapi pemilihan kos tersebut adalah salah satu cabang ilmu yang beliau kuasai. Ustaz Ahmad, bukan sahaja mahir dalam bidang seni pertahankan diri, bahkan turut mahir seni kaligrafi dan memasak. Beliau meneruskan pengajian di Melaka selama 3tahun dan menyambung pengajian di Yaman selama 4 tahun setengah seterusnya di Mesir selama 1 tahun. Beliau telah dapat belajar dibawah bimbingan Habib Umar yang merupakan salah satu ulamak terkenal dunia.  

Selepas bercerita sedikit tentang latar belakang. Kami bertanya mengenai cara beliau membahagikan masa dengan tugas beliau sebagai penceramah, pengetua, dan pelbagai jawatan lain. Beliau begitu tidak suka dengan istilah sibuk kerana bagi beliau, kesibukannya tidak terbanding dengan kesibukan orang lain. Oleh itu, beliau memang selalu cuba untuk memenuhi jemputan ceramah atau majlis yang memerlukan beliau.

             Seterusnya, cabaran beliau yang tidak dapat dilupakan ialah sewaktu membangunkan sekolah Darul Muhibbin. Terdapat satu konflik dalaman yang berlaku melibatkan pekerja Darul Muhibbin dan beliau hilang separuh pelajar ekoran kejadian itu. Beliau juga mengatakan karenah manusia sangat meletihkan terutamanya ibubapa kepada anak murid beliau. Cerita beliau selanjutnya, beliau pernah dimarahi oleh ibu bapa selepas membantu seorang pelajar yang tidak pernah bersekolah dan akhirnya pelajar itu mendapat keputusan 5A.

             Nasihat beliau untuk memantapkan lagi ukhwah kita haruslah buang yang keruh dan ambil yang jernih. Hal ini kerana, kalau hati kotor susah Islam hendak bersatu dan jika susah untuk bersatu, cuba satukan dengan mencari satu titik pertemuan. Tambah beliau lagi, pendakwah tidak boleh hendak memimpin umat jika hati berjuzuk-juzuk.

             Selain itu, kami juga bertanya pendapat beliau mengenai perbezaan antara pelajar agama dan pelajar biasa. Jelas beliau semuanya berbalik kepada nawaitu iaitu niat ikhlas kepada Allah SWT. Hal ini kerana, niat adalah paksi utama dalam setiap perbuatan dan tindak-tanduk kita. Beliau juga menceritakan pada zaman dahulu, benda susah untuk dimiliki berbanding zaman sekarang. Jadi orang dulu lebih menghargai sesuatu yang mereka peroleh. Tetapi niat itu penting, orang zaman sekarang boleh jadi seperti zaman dahulu bukan kerana sesiapa melainkan minat. Bak kata pepatah hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

             Akhirnya, harapan Ustaz Ahmad untuk Darul Muhibbin ialah dapat melahirkan masyarakat berilmu dan maju selari antara akhirat dan dunia.



FALSAFAH HIDUP

Prinsip oleh Ustaz Ahmad:
-     Tidak lupa pada orang yang selalu berada di belakang ketika sebulum kita berjaya.
-     Sentiasa ingat jasa dan pengorbanan orang yang terdahulu seperti ibu bapa dan guru yang telah banyak mencurahkan bakti.

PERBINCANGAN BENDA BARU
    Pelbagai perkara baru yang kami dapati daripada perbincangan. Antaranya ialah nilai-nilai murni yang diamalkan oleh tokoh yang kami pilih. Kami mendapati bahawa ketinggian tingkat usaha dan keyakinan beliau kepada Allah merupakan pendorong kepada kejayaan beliau sehingga ke hari ini.

PENUTUP
     Kesimpulan dapatan daripada temubual yang kami peroleh, banyak iktibar dan pengajaran yang telahpun kami pelajari daripada Ustaz Ahmad. Semangat dan keperibadian beliau telah dapat membangkitkan semangat kami sebagai pelajar agar memperoleh kejayaan bukan sahaja di dunia, malahan di akhirat juga.

             

DAPATAN KE MUZIUM

ASSALAMMUALAIKUM

Pendahuluan
Pada tarikh 21/2/16 sabtu kami telah pergi melawati Muzium Sultan Alam Shah (Kesenian Islam) untuk melakukan pemerhatian berkenaan tamadun islam, Alhamdulillah niat murni kami untuk melawati muzium tersebut telah di perkenankan oleh Allah SWT setelah beberapa kali kami menunda lawatan kemuzium tersebut. Cuaca pada pagi itu yang aman dan damai telah memberikan kami kelebihan untuk mencari muzium yang terletak di seksyen 14, Shah Alam, Selangor.

Pemilihan muzium ini pada dasarnya dipilih kerana ia terdapat satu galeri yang berkaitan tamadun islam. Namun terdapat juga beberapa adat resam dan kesenian tamadun-tamadun lain yang terdapat dipelajari. Tarikan muzium ini adalah dibina bagi menyimpan seribu rahsia khazanah dan artifak Negeri Selangor, budaya, adat dan istiadat masyarakat di Selangor. Gedung sejarah ini juga bertanggungjawab bagi memelihara pelbagai barangan berharga yang mencipta sejarah.


LAPORAN MUZIUM
Didalam muzium tersebut terdapat beberapa laporan yang telah kami dapati diantaranya:
1. Kaligrafi Islam
-terdapat pelbagai kaligrafi islam yang dilakar didalam piring(pinggan) yang berukir indah. Di dalam piring itu juga terdapat ukiran ayat-ayat suci Al-Quran yang banyak memberi kata-kata hikmah.





2. Tokoh Tokoh terkemuka islam
-di sana juga terdapat bibliografi tokoh-tokoh tamadun islam, tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa terhadap perkembangan agama islam sehinggalah ke hari ini.









3. Ukiran bangunan-bangunan kesenian islam
- Dari sini kami dapat lihat betapa cantik  dan indahnya seni orang Islam, hal ini jelaslah agama islam bukan satu agama yang mementingkan ilmu keakhiratan sahaja tetapi ilmu dunia harus juga dipraktikkan. 




ANALISA YANG TELAH DIKUMPUL
-Daripada pemerhatian kami ke muzium dapatlah kami rumuskan bahawa khazanah yang terdapat di muzium haruslah diperlihara dengan baik agar dapat memberikan pengajaran dan pedoman terhadap generasi akan datang. Kunjungan ke muzium telah meningkatkan kecintaan kami terhadap tamadun islam dan menghayati lebih banyak nilai-nilai sejarah yang terdapat disana.

ISNIN, 21/3/2016

1. Bagaimana manusia dapat kenal Allah?


Hadis Nabi Muhammad SAW, ialah:

                “Siapa yang mengenal dirinya, mengenal ia akan Tuhannya.”


Hadis ini bererti dengan mematuhi dan memikirkan tentang dirinya dan sifat-sifatnya, manusia itu boleh sampai kepada mengenal Allah. Hal ini kerana, dari makhluk yang dijadikanNya, manusia dapat tahu tentang wujudnya Allah SWT; dari keajaiban badannya, ia dapat tahu tentang kekuasaan dan kebijaksanaannya Allah SWT; dari pengurniaan rezeki Tuhan yang tidak terbatas itu, nampaklah cinta Allah kepada hambaNya. 

Seterusnya, dengan cara mengenal diri sendiri itu menjadi anak kunci kepada pintu untuk mengenal Allah SWT. Wujudnya roh manusia itu memberi kita sedikit pandangan tentang wujudnya Allah SWT, iaitu Allah dan ruh tidak kelihatan, tidak boleh dibahagi atau dipecahkan, tidak tertakluk kepada ruang dan waktu, di ruang sempadan kualiti dan kuantiti dan tidak boleh digambarkan dengan bentuk, warna atau saiz.

REFLEKSI VIDEO - AFIQAH ALIAS

6 Jun 2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ini merupakan hari pertama puasa dan syukur kepada Allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut kehadiran ramadhan. Pada hari ini, perkara yang saya ingin kongsikan salah satu nilai yang saya pelajari hasil daripada temubual bersama tokoh ialah kuasa niat. Niat kita dalam sesuatu perkara yang hendak dilakukan. Selain itu, disertakan dengan usaha dan tawakal. Sesungguhnya Allah SWT itu maha mengetahui. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Walaupun kita tidak dapat perkara yang diingini, namun yakinlah, Allah SWT akan beri yang terbaik untuk kita. Oleh itu, kita mesti pasrah dan redha. Yakinlah pada Allah SWT.




REFLEKSI 6/6/16

ASSALAMMUALAIKUM

Pada pertamanya saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan yang penuh barakah ini.
Alhamdullilah kita masih diberikan peluang oleh-Nya kesihatan tubuh badan untuk beribadat.

Pada hari ini kami hanya melakukan presentation mengenai tokoh-tokoh tamadun oleh itu refleksi pada hari ini adalah, saya dapat mempelajari pelbagai tamadun mempunyai keunikannya yang tersendiri. Alhamdullilah terdapat pelbagai nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari melalui presentation rakan-rakan yang lain juga.

Saya dan rakan-rakan sekumpulan telah menemurah seorang tokoh islam yang disegani, iaitu Ustaz Ahmad yang merupakan seorang pengasas kepada sekolah agama Darul Muhibbin. Nilai yang telah saya pelajar daripada ustaz tersebut terlalu banyak, namun nilai keredhaan selepas berusaha telah mengamit sanubari saya sebagai seorang pelajar. hal ini kerana, beliau seorang yang begitu meminati agama walaupun permohonannya telah banyak ditolak oleh sekolah agama berasrama namun yang demikian beliau tetap tidak pernah berhenti berputus asa seperti yang di katakan beliau ada "redha selepas bertawakal dan berusaha". sebagai seorang pelajar lepasan STPM, terus terang saya katakan bahawa STPM bukanlah pilihan utama saya selepas tamatnya SPM, namun subhanallah terlalu besar kuasa Allah SWT, dan terlalu bijak percaturan-Nya. Alhamdullilah saya sudah bergelar pelajar Degree Perancangan Bandar Dan Wilayah di Uitm. Bahkan kini apabila bergelar pelajar di Uitm saya merindui saat-saat ketika saya berada di STPM.


sekian
Wassalam 
 
Tamadun Pencetus Bangsa Copyright © | Template designed by Liza Burhan | SEO by Islamic Blogger Template